Ahli prepaid4u, artikal yang ada disini sebenarnya adalah apa yang telah saya buat dalam mempromosikan perniagaan ini sejak awal pembabitan saya.Setiap artikal anda boleh edit dan guna semula dalam penulisan anda di forum dan dimana juga.Jadikan blog ini sebagai sumber rujukan anda.

Setiap ahli yang anda daftarkan anda boleh bawa mereka ke blog ini untuk mereka membuat rujukan..salam maju jaya dan selamat datang.Serta terima kasih kerana menyertai prepaid4u.

Azmil Deraman
0173906443

tintabudy@gmail.com

Perhatian: Bagi yang baru menjadi ahli dan telah didaftarkan oleh upline sila mulakan dengan "MENU NEW AGENT - WAJIB DIBUAT SELEPAS SAH MENJADI AHLI" di sebelah ini dan seterusnya

20 Julai, 2009

Tip Berforum


Diedit dari forum prepaid4u (eiz1004) Pernahkah anda berForum? Kalau anda membaca thread ini maknanya memang anda sedang berForum ler..tapi pernahkah anda menggunakan Forum seperti Forum Prepaid4u atau forum-forum lain sebagai tempat pemasaran dan sebagai tempat untuk anda membina kredibiliti?

Forum adalah satu tempat perbincangan sesuatu perkara. Ianya juga boleh dipanggil komuniti di mana berkumpulnya ramai orang sehingga membentuk suatu komuniti atau kumpulan.

Penggunaan Forum pada asasnya adalah tempat untuk berbincang sesuatu topik tertentu, berkenalan dan bertukar-tukar maklumat di antara satu sama lain. Jika Forum digunakan dengan betul dan berkesan, ianya amat menguntungkan anda! Di sinilah juga anda dapat membina kredibiliti anda agar dihormati dan dipercayai.


Antara kelebihan pemasaran menggunakan Forum adalah..

- anda tidak perlu mencari prospek, sebaliknya prospek sudah sedia ada. Di Forum, ahli-ahlinya akan masuk secara kerap dalam tempoh yang panjang. Mereka masuk tanpa dipaksa untuk turut serta dalam topik yang diperbincangkan.

- anda juga boleh membina kredibiliti di sini. Jika anda mempunyai kepakaran atau pengetahuan yang lebih dalam sesuatu bidang, Forum sememangnya satu alat yang berkuasa membina kredibiliti anda. Malah lebih berkuasa berbanding blog mahupun laman web. Di forum anda boleh membina kredibiliti dengan hanya berkongsi pengetahuan dan kepakaran anda. Selebihnya tanpa bersusah payah orang ramai akan yakin dan tidak teragak-agak untuk membeli produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

- cepat & percuma. Kebiasaannya tiada kos yang dikenakan untuk menyertainya. Hanya Daftar dan anda boleh terus mula membina kredibiliti anda di sini..juga tanpa sebarang kos.

- boleh bertukar2 pendapat & ilmu pengetahuan. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing2. Melalui Forum, kita boleh saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dengan bertukar2 pendapat & ilmu pengetahuan. Andai ada sebarang persoalan atau kemusykilan pun, rasanya ramai yang boleh memberi bantuan dan jawapan..


Antara kaedah promosi yang boleh anda gunakan dalam Forum..

- Signature. Signature yang berkesan umpama sebuah 'magnet' boleh menarik orang untuk klik tanpa berfikir panjang. Teknik ini membolehkan anda bebas menyampuk mana-mana topik perbualan di forum tanpa menceritakan promosi anda secara langsungKerana ia tidak menyalahi peraturan forum

- Avatar yang menarik perhatian.

- Posting yang berkualiti. Ini yang paling penting untuk anda membina kredibiliti melalui Forum. Posting yang berkualiti ini jugalah yang akan menunjukkan samada anda seorang yang berkredibiliti & berpengetahuan sekaligus akan dihormati dan dipercayai oleh ahli forum yang lain. Pastinya posting dari anda akan sentiasa dinanti-nantikan..hehe!



Okay, Selamat BerForum Semua!


**Ingat! Gunakan Forum dengan betul & beretika. Kita berforum untuk bertukar2 pendapat dan ilmu pengetahuan. Jangan leka berborak sehingga lupa tujuan asal kita berforum iaitu menambah ilmu pengetahuan.

KURANG FAHAM? SILA DOWNLOAD TEKNIK BERIKLAN PERCUMA DI FORUM DI SINI
http://www.ziddu.com/download/5693631/TeknikPromosi1.doc.html
(Terkandung juga cara-cara mencari forum)

Related Posts by Categories



0 comments:

Catat Ulasan