Ahli prepaid4u, artikal yang ada disini sebenarnya adalah apa yang telah saya buat dalam mempromosikan perniagaan ini sejak awal pembabitan saya.Setiap artikal anda boleh edit dan guna semula dalam penulisan anda di forum dan dimana juga.Jadikan blog ini sebagai sumber rujukan anda.

Setiap ahli yang anda daftarkan anda boleh bawa mereka ke blog ini untuk mereka membuat rujukan..salam maju jaya dan selamat datang.Serta terima kasih kerana menyertai prepaid4u.

Azmil Deraman
0173906443

tintabudy@gmail.com

Perhatian: Bagi yang baru menjadi ahli dan telah didaftarkan oleh upline sila mulakan dengan "MENU NEW AGENT - WAJIB DIBUAT SELEPAS SAH MENJADI AHLI" di sebelah ini dan seterusnya

13 Julai, 2009

Kaedah tambah modal online di maybank2u

Dalam arus pemodenan dan penambah baikkan sistem yang di buat oleh mymode demi ahli-ahlinya. Walaupun banyak cabaran dan dugaan mendatang yang terpaksa dihadapi oleh pihak syarikat untuk terus menerus memberikan tahap kepercayaan yang terbaik kepada ahli-ahlinya.Kini satu perkembangan positif telah berjaya di laksanakan

Kini agent sudah boleh menambah modal atau membeli MYeCASH melalui maybank2u selain dari channel-channel lain seperti melalui ATM Maybank, CIMBclicks, CIMB Bazar dan lain-lain medium.

Di sini diterangkan step-by-step cara-cara untuk menambah modal MYeCASH menggunakan maybank2u. Sila perhatikan gambarajah untuk setiap keterangan bagi gambaran yang lebih jelas.

Selepas login di web maybank2u menggunakan username dan password anda, klick menu Buy Online




Kemudian klick pada Item MYeCASH Top Up (ada bersama-sama dengan produk lain seperti Xpax, Digi, Happy dan Hotlink)



Di bahagian drop down menu Corporation name, pilih MYeCASH dan kemudian klick butang Continue



Di bahagian jumlah, pilih amount atau jumlah yang anda inginkan. Pastikan anda mempunyai baki duit yang cukup di dalam akaun maybank anda untuk tujuan ini. Kemudian klick butang Continue.


klick pada Request TAC number supaya no TAC dihantar ke Handphone anda. (Anda perlulah aktifkan dulu perkhidmatan ini di mesin ATM sekiranya anda masih belum mengaktifkan penghantaran no TAC ke HP).

Popup notice akan memberitahu bahawa nombor TAC telah dihantar ke handphone anda.




Masukkan no TAC yang anda terima tadi di ruangan yang disediakan dan kemudian klick butang Confirm



Sistem maybank2u akan memaklumkan proses pembelian MYeCASH selesai beserta no topup akaun MYeCASH anda. Sila salin no PIN 16-digit pada bahagian Reload Number pada halaman berkenaan. No PIN ini diperlukan untuk step seterusnya.




Type Arahan SMS: PIN(jarak)ATM(jarak)16-digit-topup-code
Contoh: 1234 ATM 3284954176594490

dan hantarkan ke mana-mana GATEWAY MYMODE. Selesai~!

PERHATIAN: Sekiranya anda baru pertama kali menggunakan kaedah ini atau tidak pernah tambah modal menggunakan ATM Maybank sebelum ini, sila hantar arahan dibawah terlebih dahulu (untuk pertama kali sahaja)untuk mengaktifkan no HP anda bagi menggunakan sistem tambah modal menggunakan kaedah ini.

Type Arahan SMS: PIN(jarak)ATM(jarak)YES
Contoh: 1234 ATM YES

dan hantarkan ke mana-mana GATEWAY MYMODE

Diterbitkan dari olahan email admin adi


Maklumat lanjut boleh dilayari di SINI

Related Posts by Categories



0 comments:

Catat Ulasan